Dufu Technology telah membuat support bases yang kuat di zon sekarang. Kita boleh lihat apabila MACD Dufu membuat crossover yang menandakan minat belian baru sahaja wujud antara 1.530 hingga ke 1.630. MACD crossover menandakan momentum belian. Walaupun Dufu masih struggle untuk pecah EMA 9 sebagai confirmation, tetapi saya menganggarkan ia akan dipecahkan bila-bila masa dari sekarang akibat daripada minat belian yang wujud. Dengan ini, saya menganggarkan Dufu Tech untuk bergerak ke atas-- bagi membuat lantunan dengan target ambil untung pada 1.850. Sekiranya 1.850 dapat dikekalkan dengan mementum belian yang semakin meningkat, saya menganggarkan Dufu akan bergerak ke 2.00.
Jual rugi sekiranya sokongan 1.500 dapat dipecahkan atau 1% daripada kenaikan sebagai 'trailing stop ambil untung'.
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.