Supercomnet Technologies Berhad terlibat dalam pembuatan sebatian polivinil klorida (PVC) dan kabel / wayar untuk peranti elektronik dan suis kawalan data.
1. Merujuk pada posting terdahulu (rujuk sokongan di bawah), Scomnet gagal meneruskan kenaikkan apabila menutup sesi dagangan terakhir di atas paras sokongan RM0.835.
2. Hari jumaat adalah hari penyenaraian warrant scomnet-wa di bursa.
3. Paras sokongan dan rintangan semasa adalah pada RM0.835 dan RM0.890.
4. Stochrsi menunjukkan Scomnet masih berada pada fasa terlebih jualan.
5. Scomnet hendaklah mengekalkan paras sokongan RM0.835 utk meneruskan momentum kenaikkan.
6. Sekiranya paras sokongan RM0.835 dipecahkan, Scomnet cenderung utk menguji paras sokongan dinamik iaitu EMA200.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.