Huaan dilihat bermain di 0.245 - 0.265. Ini adalah kawasan sokongan.
Price juga berada hampir dengan garis Kijun Ichimoku. Kijun bertindak sebagai paras sokongan dalam Ichimoku.
Volume pula kelihatan makin bertenang. Satu tanda positif. Tekanan jualan hampir tiada kerana price bertahan dan volume kurang.
Cuma MACD menunjukkan hampir cross ke bawah. Ia boleh jadi akan cross ke bawah ataupun terus pantul balik ke atas.
Keseluruhannya ia masih positif. Jika melepasi 0.265 ia merupakan signal untuk sambung kenaikan. Manakala jika turun melepasi 0.245, ia menandakan huaan belum ada base yang kuat.
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.