Media sosial telah berkembang maju menjadi satu alat penting untuk pedagang dan pelabur. Sentiasa kekal termaklum dengan naratif pasaran, berkongsi dan membaca idea-idea terbaik dan berkoloborasi secara terus dengan yang lain dapat menjadikan ia satu media yang penting untuk proses penyelidikan. Disebabkan ini, kami teruja untuk mengumumkan langkah seterusnya dalam evolusi ini - Minda!
Dalam catatan hari ini, kami akan menunjukkan beberapa cara untuk menggunakan Minda untuk menambahbaik cara anda mengikuti, berkongsi dan bersembang tentang simbol-simbol kegemaran anda. Ini kerana dalam pasaran, maklumat adalah segalanya dan ini merupakan salah satu alat untuk membina jalan kerja anda:
1.) Fikirkan Minda sebagai satu suapan yang dicipta oleh rakan sebaya anda – dipenuhi dengan pandangan mereka, nota dan tajuk-tajuk berita yang dikongsi, semuanya relevan kepada apa-apa ticker yang anda sedang lihat sekarang.
2.) Minda boleh digunakan untuk mengukur dengan pantas sentimen keseluruhan untuk apa-apa simbol. Tanya diri anda, apa yang semua orang sedang perkatakan dan adakah ia bulis atau bearis.
3.) Boleh diakses dari mana-mana halaman simbol atau dari bahagian rel kanan (dengan ikon belon fikiran), format unik ini membenarkan anda untuk bersembang dengan peserta-peserta lain dalam komuniti bersama-sama carta anda. Perhatikan carta dan perbualan sosial pada masa yang sama.
4.) Mahukan maklum balas tentang satu simbol khusus? Pergi ke suapan Minda untuk simbol itu dan kongsi soalan atau komen anda. Pedagang lain akan nampak catatan anda di dalam suapan Minda. Mereka boleh memberikan komen, undian sokong atau tidak sokong untuk memberitahu anda apakah reaksi awal mereka. Maklum balas ini boleh digunakan untuk menambahbaik pemahaman anda tentang sesuatu simbol.
5.) Minda boleh digunakan untuk mengetahui dengan cepat semua berita mengenai simbol kegemaran anda. Pergi ke suapan Minda dan periksa apa yang mereka sedang perkatakan. Ada berita terkini? Pautan? Carta? Sesuatu yang lain? Lama kelamaan suapan-suapan ini akan menjadi suapan berita penting untuk anda.
Minda sekarang berada dalam fasa beta, jadi sila hantarkan kepada kami maklum balas anda yang ada! Ketahuilah bahawa kami sedang bekerja keras untuk memperbaikinya.
Akhir kata - pada masa ini Minda adalah terbuka untuk semua pengguna untuk membaca, mengikuti dan mengundi, akan tetapi hanya pelanggan berbayar (Pro, Pro+ dan Premium) yang boleh membuat catatan di dalam suapan Minda dan meninggalkan komen, sama seperti alat sosial lain dalam laman kami.
Beritahu kami adakah anda menyukainya dan pergi tinggalkan catatan pertama Minda anda hari ini!
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.