1. Macd bersilang ke bawah petanda awal penurunan akan berlaku, kesan jualan yang tinggi apabila harga mencecah 45 sen 2. RSI telah mencapai 83% penanda belian yang tinggi (overbought) jika menghampiri 100% akan turun semula ke zon 'oversold'( 40-30% ke bawah) 3. Storch RSI sudah mencapai tahap overbought 100% dan line biru telah bersilang ke bawah menandakan penurunan bakal berlaku 4. Kini bertahan di sokongan gann chart 43 sen sokongan gann seterusnya adalah pada harga 40 sen 5. Harga mungkin bergerak menuju ke medium donchian channel 42 sen atau sokongan EMA 20 iaitu pada harga 41.5 sen.
Walau bagaimanapun kejatuhan harga ini adalah sihat kerana sedang melakukan pembetulan sebelum meneruskan kenaikan. Secara umumnya kaunter Censof ini berada di fasa gelombang kenaikan dan dipercayai jika benar kajian saya dia akan terus menaik membuat gelombang minor 3 menuju harga sekitar 56 sen. Seperti sedia maklum harga bergerak secara zig zag akan berlaku kenaikan dan penurunan yang sihat sebelum mencecah harga sasaran.
Harga sokongan terdekat : 42 sen Harga rintangan : 46 sen
Diigatkan ini hanyalah sekadar kajian saya sahaja belum tentu benar. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan.#TAYOR
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.