ELSOFT dilihat bergerak dalam trend menaik mematuhi saluran kenaikan yang terhasil daripada sokongan dan rintangan sebelum ini
Harga pada hari terakhir dagangan dilihat melakukan jurang setelah berjaya melakukan lantunan daripada sokongan saluran menaik Jika diperhatikan selang masa mingguan, kita dapat melihat harga melakukan kenaikan setelah menguji kekuatan sokongan dinamik EMA20 mingguan Namun analisa volum pada selang masa harian dilihat hanya berada di paras purata volum harian, mengesahkan pergerakan kenaikan Analisa volum mingguan pula dilihat kurang meyakinkan dengan jumlah volum yang berkurang namun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan Petunjuk RSI dan histogram harian dilihat sudah menunjukkan kesediaan harga untuk melakukan kenaikan sekiranya terdapat minat belian Harga berkemungkinan akan menguji paras rintangan sebelum ini sekitar paras harga 1.10
Penafian *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Segala kerjasama didahului dengan terima kasih.
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.