Analisa Teknikal • FBMKLCI jatuh 15.02 mata (-0.80%) dan menutup lebih rendah di 1,865.34. Sentimen pasaran pula dilihat negatif dengan 291 kaunter menaik berbanding 574 kaunter menurun, dan 386 kaunter tidak berubah. • Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari in masih lagi meneruskan kejatuhan untuk tiga hari berturut-turut kerana ketidaktentuan pasaran global dan jatuh lebih bawah daripada aras sokongan sebelumnya di aras 1,873. Pembentukan corak candlestick "Bearish Three Black Crow" boleh dilihat sebagai langkah berjaga-jaga dengan kemungkinan indeks berpotensi untuk jatuh lagi buat jangka masa pendek. • Indikator momentum seperti Stochastic telah keluar daripada aras terlebih beli (baca:overbought) dan menunjukkan potensi jangka pendek untuk ke bawah. MACD menunjukkan Histogram yang berkurangan, menandakan momentum mungkin memihak kepada arah negatif. • Jangkakan indeks akan terus menuju ke aras sokongan terdekat di 1,855 (S1) dan sekiranya berjaya dipecahkan, aras sokongan seterusnya berada di 1,830 (S2). • Aras rintangan masih lagi dikekalkan pada aras indeks 1,900 (R1) dan 1,930 (R2).
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.