istantanea

FBM Small cap : -33% kejatuhan dari paras tertinggi tahunan

istantanea

FBM Mid 70 : -22% kejatuhan dari paras tertinggi tahunan

1. Pada hari jumaat, index FBMKLCI ditutup pada paras 1679, mengalami kejatuhan sekitar 11% dari paras tertinggi tahunan.

2. FBM Small cap dan Mid 70 telah pun mengalami kejatuhan lebih dari 20% daripada paras tertinggi tahunan. Bagi pedagang, apabila pasaran jatuh lebih daripada 20% dari paras tertinggi tahunan, pasaran dianggap telah memasuki 'bear market'.

3. Kebanyakkan kaunter small & mid cap telah pun 'severely oversold' dan tiada tanda-tanda isyarat peralihan/reversal ke trend menaik.

4. Hanya FBMKLCI yg berjaya mengekalkan index di atas paras terendahnya untuk tahun ini iaitu di 1658. Seolah-olah ada 'tangan' yg menahan ia dari terus jatuh.

5. Paras 1658 ini juga bertindak sebagai paras sokongan terakhir. Jika berjaya dipecahkan, KLCI akan jatuh lebih rendah lagi.

6. Persoalannya, berapa lamakah FBMKLCI mampu bertahan?

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Trend Analysis

Anche su:

Pubblicazioni correlate

Declinazione di responsabilità