5 Petua Untuk Menguruskan Dagangan Yang Gagal

Mengalami kerugian dalam dagangan adalah perkara biasa. Ia merupakan sebahagian daripada satu perjalanan pedagang. Tidak ada pedagang atau pelabur yang akan menang setiap masa. Semua pelabur dan pedagang terkenal yang anda ketahui telah mengalami KERUGIAN berkali-kali dalam karier mereka. Ini adalah perkara normal. Adakah anda tahu pengurus dana lindung nilai terkemuka Ray Dalio pernah kehilangan semuanya semasa berumur 30an? Dia telah bangkrup dan perlu bermula semula dari bawah.

Catatan ini akan menjelaskan apakah makna mengalami kegagalan dalam dagangan dan bagaimana untuk menghadapinya.

Sebelum kita bermula, anda perlu tahu bahawa:

- Berwaspada dengan orang-orang yang mendakwa mereka tidak pernah mengalami kerugian.
- Jauhi mereka yang mempamerkan kadar kemenangan atau kejayaan yang mustahil untuk dicapai.
- Dagangan yang gagal terjadi kepada semua orang! Anda tidak keseorangan.


Sekarang kita akan mulakan tentang apakah maksud dagangan yang tidak bagus dan 5 petua untuk menanganinya:

Nombor 1: Satu dagangan yang gagal adalah berbeza dari satu dagangan yang tidak bagus

Pedagang-pedagang yang paling berpengalaman memahami risiko mereka sebelum melakukan satu dagangan. Setiap dagangan yang gagal merupakan satu komponen kecil dalam satu proses yang lebih besar yang berkait dengan satu sistem, pelan atau strategi yang telah diuji dan dipelajari dengan teliti. Satu dagangan yang gagal adalah keadaan yang sudah dilakukan pengiraan untuk pedagang yang berpengalaman. Mereka mendefinasikan risiko mereka, saiz posisi, henti rugi dan sasaran keuntungan. 🎯

Berbeza pula dengan satu dagangan yang tidak bagus. Dagangan yang tidak bagus menunjukkan seseorang yang merisikokan wang jerih perih mereka tanpa adanya rancangan atau proses. Ia merupakan satu dagangan yang melulu dan sembarangan. Ini selalunya terjadi kepada pelabur-pelabur atau pedagang-pedagang baru yang masih belum memahami masa, pembelajaran dan penyelidikan yang diperlukan untuk membina satu pelan yang kukuh. Pastikan anda mengingati perbezaan di antara satu dagangan gagal yang telah dilakukan pengiraan dan satu dagangan tidak bagus tanpa adanya rancangan atau proses.

Petua TradingView: ada beberapa cara untuk bermula dengan satu perancangan, sistem atau proses. Dagangan kertas, ujian belakang dan/atau bekerja dengan pedagang yang mahir yang dapat memberikan maklumbalas berguna merupakan beberapa cara untuk bermula. Jangan risikokan wang anda tanpa melakukan penyelidikan terlebih dahulu.

Nombor 2: Setiap dagangan yang gagal membekalkan data untuk penambahbaikan

Seperti yang kami telah sebutkan beberapa kali sebelum ini, dagangan yang gagal terjadi kepada semua. Tetapi ingat, dagangan yang gagal juga mempunyai maklumat dan data bernilai. Anda boleh belajar banyak perkara dari menganalisa dagangan yang gagal.

Pada setiap hari, minggu atau bulan dagangan, pedagang berpengalaman akan menganalisa dagangan mereka yang gagal dengan terperinci. Apakah corak yang muncul? Apa yang sama tentang semua ini? Mengapa mereka terjadi? Dengan maklumat ini, seorang pedagang atau pelabur dapat melaraskan strategi mereka berdasarkan penemuan mereka.

Nombor 3: Jangan biarkan dagangan yang gagal mengganggu kesihatan anda

Kesihatan mental dan fizikal anda adalah sama penting dengan kesihatan kewangan anda. Jangan biarkan dagangan yang gagal mempengaruhi kedua-duanya.

Jika sistem anda mengalami masalah atau beberapa dagangan yang gagal mula mengganggu emosi anda, jarakkan diri dari komputer atau telefon. Tutup semua itu dan pergi. Pasaran telah dibuka semenjak beratus-ratus tahun dahulu dan ia akan kekal dibuka. Apabila anda bersedia untuk bermula semula, ia masih kekal di situ.

Bangun, dapatkan udara segar dan kembali ke arena selepas anda sudah bersedia semula.

Nombor 4: Kongsi pengalaman anda dengan yang lain

Pedagang dan pelabur seluruh dunia mahu mempelajari sesuatu dari cerita dan dagangan anda yang gagal. Ini adalah pengalaman yang sangat berharga yang kami semua kongsikan bersama-sama. Rangkaian sosial membantu anda untuk bersembang, berkongsi dan berjumpa mereka yang melalui semua perkara ini. Kita semua boleh belajar dari satu sama lain.

Sudah pasti, keinginan untuk berkongsi kemenangan atau berlagak seperti anda salah seorang pedagang terhebat yang wujud di dunia ini sangat menggoda 😜 - tetapi adalah jelas kita semua belajar bersama-sama dan menjadi lebih baik apabila kita berkongsi pengajaran daripada kegagalan. Di sini di mana hasrat paling dalam ditemui dan bersama-sama, di mana kita semua boleh berkembang sebagai satu komuniti pedagang yang semuanya cuba untuk mengatasi pasaran.

Kongsi dan minta maklumbalas yang membina!

Nombor 5: Teruskan Usaha

Pasaran merupakan satu permainan pembelajaran, pembelajaran semula dan bergerak ke hadapan. Tema-tema baru, arah aliran dan cerita muncul dan hilang setiap hari. Perjalanan ini adalah panjang dan tidak pernah berhenti. Apabila melaksanakan pelan dagangan atau pelaburan anda, adalah penting utnuk melakukannya dengan memikirkan dalam jangka masa panjang. Satu atau dua dagangan yang gagal dalam satu hari atau minggu adalah satu pecahan kecil dalam lebih banyak yang akan terjadi dalam banyak bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang. 🌎

Teruskan perjuangan. Teruskan membina. Kekal menambahbaik rancangan anda. Periksa data.

Kami harap anda menyukai catatan ini!

Kami harap anda mempelajari sesuatu yang baru atau lebih berinformasi!

Sila tinggalkan apa-apa komen di bawah dan pasukan kami akan membacanya.

- TradingView ❤️
TradingView Tips

Share TradingView with a friend:
tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: tradingview.com/blog/en/
Anche su:

Declinazione di responsabilità