Vizione pada hari ini ditutup diatas garisan EMA50 disokong oleh volume melebihi purata. Secara teorinya EMA50 boleh dijadikan sebagai aras sokongan dan aras target adalah di EMA200 (0.400). Di aras 0.400 juga terdapat garisan menurun dua tahun (DTL 2yrs). Jika berjaya dipecahkan, aras target adalah di garisan menurun 3 tahun (DTL 3yrs) di kawasan lebih kurang 0.815. Jika dilihat kepada corak carta, dapat dilihat Vizione membentuk corak bawah berganda, apa tu? dalam bahasa Enggerisnya double bottom :-) (Sekadar teori, kajian dan pembelajaran).
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.