ZWS sejak beberapa hari dagangan yang lalu dilihat bergerak dalam trend menurun setelah harga dilihat gagal bertahan di atas MA50
Lilin pada hari terakhir dagangan dilihat membentuk marubozu hijau disertai dengan volum penyertaan yang tinggi. Jika diamati lilin pada selang masa harian, harga dilihat seakan membentuk corak carta 'triple bottom' yang disokong oleh MA200 Petunjuk RSI juga dilihat semakin menaik tatkala harga membentuk ketiga-tiga pucuk tersebut Justeru, tidak mustahil harga membuat penolakan daripada paras sokongan MA200 dan melantun daripadanya
Menarik untuk diperhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.