Selamat pagi kepada para pedagang TradingView Malaysia.
Mungkin suda ramai yang tahu, namun hari ini saya akan menerangkan beberapa alat tulis carta TV (TradingView) yang baru diperkenalkan sejak beberapa bulan lalu yang boleh di manfaatkan oleh para pedagang/pelabur untuk berdagang dengan lebih cekap.
Trendline (Garis Trend) merupakan penanda aras/sentimen penting untuk pertukaran trend harga. Kini TV juga telah menyediakan alat untuk meletakkan pemberitahuan (notification) jika harga atau lilin mengatasi garis trend tersebut. Lukis trendline yg sesuai, kemudian satu klik pada garis trend tersebut dan cari tab kecil setting utk trendline tersebut (biasanya akan muncul pada bawah carta), klik ikon loceng dan simpan. Begitu mudahkan? Setup utk beberapa carta dalam watchlist (senarai pantau) anda dan hanya tunggu. Anda juga boleh meletakkan nota/teks pada trendline tersebut. Nota - untuk entri terbaik, tunggu jika harga mampu untuk mengatasi rintangan terdekat harga untuk pengesahan momentum yang kuat.
Kemudian untuk alat Signpost (tiang tanda harga) juga baru diperkenalkan, untuk anda meletakkan nota/teks pada mana2 lilin carta. Ianya ibarat untuk isyarat jalan raya, nota, peringatan, atau berita penting tentang syarikat bagi anda tidak hilang fokus dalam analisa yang banyak. Bagaimanakah untuk menambahkan Tiang tanda kepada carta?
Pilih alat Tiang tanda di panel kiri di bawah Alat Anotasi.
Letakkan kursor di mana anda ingin meletakkan Tiang tanda.
Masukkan teks yang anda ingin memaparkan di Tiang tanda.
Alat lukisan seterusnya yang terbaru dikeluarkan oleh TV team adalah alat Nota Harga. Anda boleh menandakan harga pada mana2 aras pada carta dan juga menambahkan teks untuk aras tersebut. Ianya terletak di panel kira pada carta dalam bahagian Alat Anotasi. Bagaimanakah untuk menambahkan nota harga?
Pilih alat dari panel.
Letakkan pada dua titik. Titik pertama menentukan harga manakala titik kedua merupakan koordinat label harga.
Kekunci panas (hotkeys) untuk alat Nota Harga. Tekan Ctrl (Windows) atau ⌘ (Mac) semasa menentukan titik supaya titik tersebut dilukis kepada simbol terdekat. Tekas kekunci Shift semasa menentukan titik untuk memastikan kecerunan garis objek dalam tambahan sebanyak 45 darjah. Selain itu, anda juga boleh menambahkan teks di atas garisan. Hanya perlu buka dialog tetapan objek dengan klik dua kali pada objek, pergi ke tab Teks, aktifkan paparan dan masukkan teks.
Mungkin setakat ini saja untuk masa ini, ambil masa untuk bermain dengan alat tulis tersebut untuk menyesuaikannya ia dalam teknik perdagangan anda, dalam membantu jurnal pendaganan anda supaya lebih fokus dan lebih effisien. Selamat berdagang!
Jangan lupa, Tradingview kini juga telah mengeluarkan desktop app (beta) untuk carta penulisan yang lebih cekap dan pantas.Juga, sila baca peraturan rumah Tradingview terkini untuk makluman lanjut untuk etika penulisan dan penerbitan idea yang baik! :)my.tradingview.com/house-rules/
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.