Sebelum kita pergi dengan lebih dalam, adalah penting untuk berkongsi beberapa perkara mengenai siapa diri kami. Kami memberikan kuasa kepada pedagang dan pelabur dengan memberikan penggunaan alatan, carta, berita dan data global profesional yang sebelum ini hanya tersedia untuk beberapa kumpulan tertentu sahaja. Alatan kami adalah tersedia untuk semua orang samada pada peranti atas meja atau mudah alih. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan keupayaan pedagang dan pelabur untuk berkembang dalam jangka masa panjang. 💪
Maksud utama di sebalik catatan ini ialah anda tidak perlu terburu-buru membuat sesuatu sebelum anda memahami semua risiko, matlamat dan rancangan jangka panjang anda. Kami menyedari bahawa di sebalik usaha dan niat kami, kadang-kadang orang akan terpengaruh oleh catatan yang tidak bertanggungjawab di media sosial, yang akhirnya membawa kepada harapan yang musnah. Kami ingin menolong orang ramai untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi. Oleh itu, mari kita bincangkan tiga cara untuk membuat keputusan yang lebih baik di pasaran. Ingat, catatan ini adalah khusus untuk pendidikan, yang mana kita sedang berada di dalam masa yang sangat menarik dalam sejarah pasaran! Teruskan membaca ... 👇
1) Jangan mengikuti pendapat orang lain secara membabi buta tanpa membuat kajian anda sendiri. Gunakan alatan yang ada untuk anda belajar dan menganalisa pasaran.
Jaringan sosial kami adalah besar dan semakin berkembang. Kami saling memberikan dorongan kepada semua orang untuk menerbitkan idea pertama mereka, mencuba laman sembang dan mengikuti pedagang-pedagang yang lain. Ini adalah masa yang terbaik untuk bertemu sesama pedagang, belajar dengan mereka dan berkembang bersama-sama. Tetapi apabila media sosial bergabung dengan pasaran, ada beberapa risiko penting yang perlu untuk dibincangkan. Elakkan daripada mengambil tabiat buruk, terpengaruh oleh pendapat-pendapat popular dan menyerah kepada tekanan teman sebaya. Elakkan melakukan sesuatu yang belum anda fikirkan secara kritis, menganalisa secara objektif atau menilai dengan sendiri. Risiko ini boleh merangkumi perdagangan sebelum anda bersedia, berdagang terlalu kerap kerana anda mempunyai idea, meletakkan diri anda pada kedudukan yang lebih besar daripada yang akaun anda mampu tangani dan mengubah fikiran anda di tengah-tengah sesi dagangan. Tetap tenang dan fikirkan semasak-masanya dahulu. Manfaatkan alatan yang ada untuk anda membuat ujian semula, menggunakan dagangan kertas atau mencari pendapat lain mencabar fikiran anda.
2) Jangan mengharapkan keuntungan yang mudah hanya kerana semua orang bercakap mengenainya. Sebaliknya cari tinjauan rakan sebaya, perhubungan yang bermakna dan cara untuk menguji idea anda sendiri.
Tidak kira berapa banyak suka yang diterima untuk sesuatu idea, tidak kira seyakin mana pengarangnya kelihatan atau berapa banyak mesej sembang yang dikongsikan, tidak ada jaminan pasaran akan berjalan seperti yang yang kita rancang. Adalah lebih baik memulakan dengan mengkaji dan meneliti idea anda terlebih dahulu untuk melihat apakah ia sesuai dengan rancangan jangka panjang anda. Inti patinya adalah: pandangan orang lain tidak boleh digunakan sebagai pengganti diri anda dalam melakukan analisisa sebelum membuat keputusan di dalam perdagangan sebenar. Rangkaian sosial kami paling baik digunakan untuk tinjauan rakan sebaya, membuat perhubungan baru dan memberikan maklum balas kritikal untuk membantu anda dalam mengembangkan strategi dan pemahaman tentang pasaran. Kami mempunyai bahagian pendidikan khusus untuk perkara ini. Kami juga mempunyai komuniti Pengekod Pine yang melakukan pengkodan pasar. Komuniti di sini diadakan untuk membantu anda mendapatkan maklum balas, idea dan konsep baru.
3) Jangan meminta isyarat masa nyata buta dalam laman sembang atau memberikan komen-komen yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang mudah. Sebaliknya fokus pada membina strategi jangka panjang anda dan mengekalkan pendekatan yang realistik.
Apabila media sosial dan pasaran kewangan bergabung, semakin banyak orang mengharapkan jawapan yang mudah mengenai bilakah waktu untuk membeli atau menjual. Dalam laman sembang umum kami (anda boleh mencarinya di sebelah kanan platform) kami menggalakkan orang ramai untuk tidak berfikiran begini dan berusaha untuk menggali dengan lebih mendalam. Anda tidak akan belajar apa-apa daripada mengemukakan soalan mengenai jual dan beli. Anda harus mengkaji, meneliti dan memeriksa pergerakan harga terlebih dahulu. Alatan rangkaian sosial kami menawarkan peluang besar untuk bercakap di dalam masa nyata dan bertukar-tukar pendapat, pandangan dan penyelidikan. Menggunakan mereka dengan cara yang betul akan membantu anda berkembang sebagai pedagang dan bersama belajar dari orang lain dalam jangka masa panjang. Tetapi membuat keputusan perdagangan tergesa-gesa berdasarkan panggilan perdagangan semata-mata merupakan idea yang tidak baik. Jangan buat!
Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar selain daripada melibatkan diri dalam lingkungan ahli-ahli yang mendedahkan anda kepada banyak idea, perbualan dan strategi yang berbeza. Kami berharap platform kami dapat meningkatkan pengetahuan anda tentang pasaran sambil membolehkan anda menyempurnakan bakat anda. Pandangan dari orang lain juga dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih baik, tetapi hanya jika ianya digunakan dengan cara yang bijaksana dengan berfokuskan pada kesabaran, proses dan pendidikan. Selain itu, selalu ingat bahawa anda mempunyai alatan yang berkesan di hadapan anda untuk melakukan penyelidikan terbaik anda.
Terima kasih kerana membaca! Kami berharap untuk mendengar pandangan anda di bawah. 🙏
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.