ANNJOO dilihat melakukan kenaikan setelah terhasilnya divergence kenaikan pada petunjuk RSI harian beberapa hari dagangan lalu
Lilin terkini dilihat tutup lebih tinggi daripada lilin dagangan sebelumnya disertai dengan volum tinggi menyokong pembentukan lilin Beberapa jam terakhir dagangan memperlihatkan terdapat kehadiran volum belian yang lebih tinggi daripada paras volum purata Petunjuk RSI harian dilihat berada di paras positif menunjukkan terdapatnya momentum sekiranya harga hendak meneruskan kenaikan Garisan isyarat dan garisan MACD harian dilihat masih berada di bawah zon positif namun histogram MACD sudah berada di zon positif Histogram MACD mingguan dilihat seakan menuju ke paras positif namun garisan isyarat dan MACD mingguan belum bersilang RSI pada selang masa lebih kecil dilihat sudah berada di paras 'overbought' justeru, tidak mustahil harga membuat pembetulan terlebih dahulu ataupun terus menuju EMA200 untuk menguji kekuatan rintangan dinamik berkenaan sebelum menunjukkan halatuju yang seterusnya
Menarik untuk diperhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab di atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.