Analisa Teknikal • Kejatuhan harga pasaran minyak dunia semalam turut menyebabkan saham-saham sektor "Oil & Gas" kita ditutup rendah. • Ini menyebabkan FBMKLCI jatuh 7.43 mata dan menutup lebih rendah di 1,887.75. Sentimen pasaran pula dilihat negatif dengan 272 kaunter menaik berbanding 668 kaunter menurun, dan 357 kaunter tidak berubah. • Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari ini gagal untuk meneruskan keadaan menaik (Bullish) dan indeks dilihat menjauhi daripada aras 1,900. Walau bagaimanapun, ini sekadar pembetulan pasaran untuk jangka masa pendek. • Indikator momentum dilihat memihak kepada pergerakan menaik, disokong positif oleh MACD dan Stochastic, walaupun ada tanda-tanda pergerakan ke bawah oleh Stochastic. • Kita jangkakan indeks akan terus menuju ke aras sokongan terdekat di 1,873 (S1) dan sekiranya berjaya dipecahkan, aras sokongan seterusnya berada di 1,840 (S2). • Arasa rintangan masih lagi dikekalkan pada aras indeks 1,900 (R1) dan 1,930 (R2).
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.