DISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata, tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxxx
Nampaknya selepas fasa bursa Kangaroo kita masuk pula fasa bursa sold out, hampir setiap hari ada saja dagangan yang mencapai LIMIT UP a.k.a SOLD OUT... apa cer tu? meh nak kabar, ada 2 istilah LIMIT UP iaitu dagangan pada hari tersebut habis di borong pada harga apa saja sampai sold out LIMIT DOWN iaitu dagangan dijual pada harga apa saja sehingga orang sanggup lelong murah-murah Jadi apa yang berlaku pada minggu ini, minggu pertama OGOS 2020 ini berlakunya LIMIT UP hampir setiap hari dan berkali-kali.
FA - OK, Background Notion Vtec adalah teknologi sebagai core bisnes namun Notion cuba ambil peluang sama dengan K1 dengan menjadi salah satu company yang terlibat dengan healthcare. Dari segi financial ratio baik walaupun company profit pada quarter baru ini mengalami sedikit penurunan profit namun YoY masih menunjukkan indikator hijau. TA - Salah satu kaunter yang membuat kenaikkan secara V-shape selepas pandemik covid19. Namun, Notion mempunyai rintangan kuat pada harga 0.915 sehingga menjadi penyebab kaunter ini kembali sideway. Pada awal minggu ogos lepas, NOTION mencipta sejarah bila mana membuat beberapa kalai lompatan dengan 3 hari LIMIT UP, perkara ini juga membukti, kaunter yang mampu melepasi rintangan ATH mempunyai daya tolakkan yang lebih kuat. CATALYST - Mempunyai alasan yang kukuh memandangkan situasi sekarang memberikan kesan positif kepada sektor kesihatan dalam membekalkan keperluan facemask dan PPE .
REVIEW - (FA/)(TA/)(CA/) Ride till Bend INVEST or SWING kaunter yang boleh di simpan.
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.