Sektor: - Industrial Products, Energy, Electric Vehicles.
Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, TECHNAX lebih konsisten membuat kerugian berbanding keuntungan. TECHNAX telah membuat kerugian sebanyak 8 quarter berturut². Hasil (revenue) juga merosot dan dilihat bergerak downtrend. Hasil (revenue) TECHNAX menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -95.19% dan -63.42%. - Dari sudut Teknikal, TECHNAX sekarang dilihat berada di atas trend line, MA 200 dan classical support (0.125 - 0.130). - TECHNAX perlu rebound di atas ketiga² garisan ini untuk meneruskan pergerakan uptrend. Adakah harga mampu rebound atau tidak? - Stochastic RSI memberi signal bahawa harga sedang ciba untuk rebound di atas support. - Walaubagaimanapun, MACD pula memberikan signal sebaliknya. MACD turun di paras 0 menunjukkan minat dan momentum pembelian semakin berkurang. - Jika harga mampu untuk rebound, harga berpotensi menunju ke arah trend line @ pennant resistance. Kemudian jika TECHNAX mampu BDTL, harga berpotensi menuju ke resistance 0.190 dan 0.230. - Jika harga tidak mampu rebound dan jatuh sehingga ke bawah support, harga berkemungkinan akan reversal.
Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum. * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan. * BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan. * Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend. * Untuk mengetahui lebih tentang jenis² support, boleh klik pautan di bawah 👇 * Untuk maklumat tambahan mengenai 'pennant pattern' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.