VC apakah skrip yang sama akan dimainkan semula?

271
VC terkenal dengan masakan goreng.

Mari kita lihat resepi yang lama sekitar Jun dan Julai 2019.

Harga turun dengan curam dan kemudiannya consolidate.

Ketika harga bertemu dengan Tenkan, ia melepasi Tenkan dan memercikan volume sebelum jatuh kembali.

Seterusnya tidur selama 26 Period (belum ditolak period sebelum percikan volume) di mana Kijun turun menghampiri harga, dan harga terus naik dan tutup di atas Tenkan.

Dari situ bermulalah gorengan. Sehingga cukup masak pada suhu 38.2 Fibo.

Dan hari ini, persediaan resipi yang sama kelihatan. Adakah ia akan digoreng sekali lagi. Jika ya maka kita tahu paras cukup masaknya ialah pada harga 0.140.

Namun. Ya namun. Jika ia berjaya melepasi paras 0.140, ia akan menjadi menu istimewa yang berbeza berbanding menu 2019.

Kejatuhan dia pada Januari amat tersusun rapi. Di situ berkemungkinan berlakunya pengumpulan (buy on weakness).

Satu case study yang sangat menarik. Dan analisis ini turut dibantu oleh dua anak murid saya iaitu Ben dan Syida.

Mari kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya. Interesting.

Declinazione di responsabilità

Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.