IFCAMSC menunjukkan kemasukan volume yang luar biasa selama dua hari berturut-turut bermula daripada 28 Feb. Namun pada 1 Mac volume telah berkurang lebih kurang separuh. Apakah IFCAMSC akan meneruskan kenaikan harga atau akan berlaku retracement? IFCAMSC masih di dalam fasa uptrend. Perlu berhati-hati jika mahu membeli stock ini esok, kerana sudah memasuki fasa overbought. Disarankan hanya FIFO bukan swing. Untuk swing sy mencadangkan agar tunggu selepas berlakunya retracement sebelum entry.
Ratio: 2.9 (Ringan)
Kiraan Support dan Resistance untuk hari Isnin 11 Mac 2019
Jika harga kekal di atas 0.345 Resistance 1 : 0.360 (+-0.005) Resistance 2 : 0.390 (+-0.005) Perhatikan volume yang akan masuk esok. Jika volume melepasi 34 Juta dengan buyrate maintain di atas 59%, kemungkinan untuk Resistance 2 pecah adalah sangat tinggi.
Jika harga kekal di bawah 0.500 Support 1 : 0.330 (+-0.005) Support 2 : 0.300 (+-0.005) Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.