Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, MERIDIAN lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. Hasil (revenue) juga dilihat tidak konsisten. Melalui QR, hasil (revenue) MERIDIAN dilihat kerap meningkat ketika Q1 sahaja untuk 3 tahun terbaru ini. Walaupun begitu, hasil (revenue) adalah menurun QoQ sebanyak -7.54%. Untuk YoY, keuntungan dan hasil (revenue) adalah meningkat masing² sebanyak 200.79% dan 14.47%. - Dari sudut Teknikal, MERIDIAN masih di atas MA 200 menandakan masih uptrend untuk long term. - Terkini, MERIDIAN dilihat cuba rebound di atas support terbaru pada paras harga RM 0.330. Support ini disokong oleh dua justifikasi: 1) Harga rebound dengan volume yang sangat signifikan. 2) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
Nota kaki: * QR = Quarter Report. * Q1 = Quarter pertama. Kebiasannya pada bulan Februari. * QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum. * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.