Idea analisis: ~Fundamental~ - Dalam 12 quarters terkini, MINDA mencatatkan kerugian berturut² tetapi kerugian dapat diminimakan sehingga mencatatkan kenaikan YoY sebanyak 74.57%. - Hasil (revenue) YoY pula menyusut sebanyak -7.79%.
~Teknikal~ - MINDA masih di atas MA 50 menunjukkan harga masih uptrend untuk mid term. - Terkini, selepas melakukan kenaikan, MINDA membuat pullback sehingga ke atas MA 50 dengan menunjukkan 3 petanda rebound: 1) Candle berbentuk morning doji star. 2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menunjukkan harga mula rebound di atas support baru terkuat. 3) MACD 4R1G. - Jika harga mampu bertahan di atas MA 50, harga berpotensi menuju ke RM 0.190.
Nota kaki: * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan. * MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang- kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.