Saham syarikat PayPal dilihat bergerak dalam trend menurun sejak setahun dagangan yang lalu
Terkini pergerakan harga dilihat baharu sahaja memecahkan corak carta baji 'wedge' beberapa hari sebelum ini Walaubagaimanapun, volum dilihat hanya berada di paras purata harian ketika harga memecahkan rintangan berkenaan Harga dilihat masih perlu melepasi rintangan dinamik MA50 dan MA200 mingguan untuk kembali dalam trend menaik (tidak ditunjukkan) Berkemungkinan kenaikan ini hanyalah lantunan teknikal jika dilihat pada RSI mingguan yang dilihat membuat 'divergence' (tidak ditunjukkan) Namun, tidak mustahil juga hasil perolehan yang akan diumumkan akan menjadi pemangkin untuk harga kembali membuat kenaikan Selagimana harga belum menunjukkan kekuatan kenaikan, adalah selamat untuk harga dikatakan masih cenderung meneruskan kejatuhan
Ke mana halatuju harga sebenarnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.