naimmp98

SEDANIA (Mencari Peluang untuk Membuat Pembalikan)

MYX:SEDANIA   SEDANIA INNOVATOR BERHAD
Sektor:
- Industrial Products, Internet of Things (IoT), Technology, IT Solutions/ IT Product, Telecommunications Equipment, Telecommunications & Media.

Idea analisis:
~Teknikal~
- SEDANIA baru² ini membuat kenaikan parabolic dalam 8 hari dengan kenaikan sebanyak 480.33% dan berjaya mencipta ATH pada paras harga RM 1.770.
- Kemudian, SEDANIA dilihat membuat pullback setelah muncul 2 petunjuk:
1) Bearish engulfing.
2) Stochastic RSI cross down di paras overbought.
- Terkini, SEDANIA dilihat membuat rejection di atas fibo 0.382 iaitu pada paras harga RM 0.865 tetapi masih belum muncul petanda reversal atau rebound.
- Sebelum ini, harga reversal dan pullback apabila stochastic RSI cross down di paras overbought, selepas ini, boleh jadi harga akan reversal dan rebound setelah stochastic RSI cross up di paras oversold.

~Fundamental~
- SEDANIA tidak konsisten membuat keuntungan. Hanya 6 keuntungan yang tercatat sepanjang 10 quarters terbaru. Keuntungan SEDANIA YoY menyusut sebanyak -3761.96%.
- Tambahan, iSaham mengkategorikan SEDANIA sebagai syarikat 'negative earnings', dimana anda tidak disyorkan melibatkan diri dalam saham ini jika tidak mahir cutloss.
- Perolehan terkini SEDANIA pula adalah tertinggi berbanding sebelumnya. Ini menjadikan perolehan SEDANIA meningkat QoQ dan YoY masing² sebanyak 514.62% dan 47.49%.

Nota kaki:
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Bearish Engulfing = 'Body' candle merah menelan 'body' candle hijau sebelumnya.
* Overbought = Garisan stochastic RSI di atas paras 80. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih belian.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan
kenaikan / membuat retracement.
* Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Declinazione di responsabilità

Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.