Idea analisis: ~Teknikal~ - CENSOF masih di atas trend line. - Sebelum ini, muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat. - Kemudian, CENSOF membentuk bullish symmetrical triangle. - CENSOF breakout dan gap up kemudian membuat pullback sehingga ke atas trend line. - Muncul candlestick morning star menandakan harga sedang membuat rebound di atas trend line. - CENSOF meneruskan kenaikan dan muncul signal kedua daripada stochastic RSI iaitu 'hidden bearish divergence. - Signal ini menandakan bahawa momentum pembelian semakin menguat tetapi tidak mampu menaikkan harga kerana ketika ini minat penjualan lebih kuat. - Harga jatuh sedikit sebelum meneruskan kenaikan sekali lagi. - CENSOF berpotensi menuju ke paras resistance RM 0.565 dengan berlantaikan trend line support yang agak kukuh.
~Fundamental~ - Keuntungan dan perolehan CENSOF meningkat YoY masing² sebanyak 137.87% dan 14.21%. - CENSOF baru pertama kali memberikan dividen kepada shareholders pada tahun ini, 2021.
Nota kaki: * Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi stochastic RSI menaik (higher high). * Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low). * Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'. * Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'. * Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'. * Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'. * Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya. * Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇 * Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.