carrollapiez

SCIB Terus Memberikan Tekanan Esok?

MYX:SCIB   SARAWAK CONSOLIDATED IND BHD
SCIB hari ini turun pada paras sokongan pada harga 2.02 untuk kali ketiga. Seolah-olah ia akan menjadi support yang kuat andaikata ia tidak dibocorkan esok. Adakah ia akan berjaya bertahan atau akan terus turun untuk memberikan tekanan kepada pemegang saham SCIB esok?

FUNDAMENTAL ANALISIS

1. SCIB dilihat sebagai mempunyai pergerakan dan rekod cemerlang pada QR yang menerupai Kpower. Jadi sesetengah pelabur melabel ia sebagai saham adik beradik dengan Kpower.
2. Peningkatan SCIB ini juga berkait dengan perubahan yang dibawa oleh Datuk Mohd Abdul Karim yang mengubah landskap bisnes SCIB dengan reputasi sebagai pengasas Serba Dinamik yang berprestasi cemerlang sama seperti Kpower.
3. Pada 2020, SCIB dikatakan berjaya mencatatkan 1.9 Billion Order Book. Untuk tahun 2021, Pengurusan SCIB dikatakan yakin akan mencatatkan kira-kira 2.5Billion order book. Ini menjadi catalyst yang kuat untuk kenaikan SCIB.
4. SCIB terlibat dalam sektor Material Construction. Pasaran Market untuk projek SCIB kebanyakan juga diperoleh dari luar negara seperti Qatar, Sri Lanka dan Nepal memberikan gambaran bahawa SCIB mampu berkembang secara global tanpa hanya bergantung kepada projek-projek tempatan yang terhad.
5. Sebagai rekod peningkatan QR SCIB juga terus meningkat seperti di bawah,
Q4 19 mencatatkan keuntungan +0.8juta, 2.8% daripada 28.6juta perolehan.
Q1 20 mencatatkan keuntungan +4.3juta, 8.3% daripada 51.8juta perolehan.
Q2 20 mencatatkan keuntungan +5.1 juta, 5.3% daripada 94.9juta perolehan
Q3 20 mencatatkan keuntungan +12.4juta, 6.8% daripada 183.7juta perolehan.
6. Peningkatan ini adalah konsisten dari suku ke suku QR, dan dilihat bahawa Datuk Karim adalah De facto kepada prestasi baik ini sebagaimana yang berlaku ke atas Serbadinamik dan juga Kpower.
7. Dengan prestasi kewangan yang baik, ini akan menjadi Catalyst, untuk mengapa pelabur tidak bimbang untuk terus mengekalkan pegangan saham SCIB.


TEKNIKAL ANALISIS

1. Sejak mencecah harga tertinggi pada 27hb Januari yang lalu di 3.08, SCIB dilihat mengalami penurunan. Pada hari ini, ia mennurun pada paras support yang sama untuk kali ketiga. Jika ia mampu bertahan daripada bocor, ini bermakna ia akan menjadi support yang kuat untuk SCIB meneruskan kenaikan.
2. Penurunan ini juga dilihat menghampiri Fibonachi Retracement 0.5 pada harga sekitar 1.96.
3. Jika Fibonachi retracement ini tidak mampu menjadi support yang kuat, ia dilihat mampu turun lagi sehingga mencecah MA50 sekitar 1.8. Support seterusnya adalah pada classical support di 1.73.
4. Dari segi volume, dapat dilihat Pembeli masih menguasi pasaran saham Kpower. Kenaikan terakahir pada 8hb Feb, dilihat disokong dengan volum yang baik.
5. Penurunan harga pada 9hb Feb juga dilihat bersama volum yang tinggi. Namun pada hari-hari berikutnya, penurunan harga sudah dilihat volum dapat diserap disekitar purata volum, menunjukkan Penjual tidak ramai.
6. Dari segi RSI, kini sudah jatuh bawah paras 50, di mana kebiasaannya harga akan sudah bersedia untuk membuat kenaikan setelah turun agak rendah ke paras RSI 50.
7. Dari RSI Stoch pula, ia sudah dilihat mahu memulangan persilangan dikawan oversold zone, sebagai tanda permulaan untuk harga membuat balikan (reversal)

Jadi, adakah SCIB akan terus menekan pemegang saham esok atau akan mula membuat balikan harga ke atas?

Atau mungkin SCIB mahu menunggu minggu hadapan untuk membuat pemegang saham SCIB merasa sedikit lagi tekanan perasaan sebagai penutup minggu ini pada esok hari?

Khairul Hafiz
Declinazione di responsabilità

Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.