Saham syarikat Sigma Lithium Corporation dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Namun, jika diteliti terdapat beberapa tanda kelemahan dalam pergerakan harga menunjukkan kurangnya minat belian Pembentukan 'divergence' pada RSI mingguan dapat dilihat tatkala harga bergerak mendatar selepas gagal membuat tinggi baharu Volum juga dilihat tinggi ketika lilin mingguan membentuk 'hanging man' beberapa minggu dagangan yang lalu Lilin bulanan dilihat seakan membentuk 'tweezer' bermula dua bulan dagangan sebelum ini diikuti RSI di kawasan 'overbought' Walaubagaimanapun, harga dilihat masih lagi bertahan di atas sokongan dinamik MA20 mingguan (tidak ditunjukkan)
Dapatkah harga bertahan dan meneruskan kenaikan? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Le informazioni ed i contenuti pubblicati non costituiscono in alcun modo una sollecitazione ad investire o ad operare nei mercati finanziari. Non sono inoltre fornite o supportate da TradingView. Maggiori dettagli nelle Condizioni d'uso.